Saturday, March 2, 2013

Radio MyUFM & Filem Karah



Tanpa disedari dah masuk bulan March 2013 ini bermakna dah hampir satu tuhan empat bulan berada di Universiti Teknologi Mara kampus Dungun Terengganu. Alhamdulillah sepanjang 1 tahun 4 bulan disini banyak benda yang telah saya capai antaranya menjadi Penyampai Radio di Radio Kampus UiTM Terengganu MyUFM dan sekarang ini dah ada segmen sendiri iaitu ~Cube Cinta~  yang keudara dari hari Ahad hingga Rabu dari jam 10.30 malam sehingga 12.00 malam. . .


Sedikit ringkasan tentang Radio MyUFM ::: Radio MyUFM adalah Radio Kampus UiTM Terengganu dan merupakan Radio Kampus Pertama di Pantai Timur boleh dengarkan melalui frekuensi 95.5fm iaitu di sekitar bandar Dungun sahaja. Selain itu Radio ini boleh dengar secara online di www.myufm.net ataupun boleh download application Tune In Radio di smartphone & search MyUFM. Radio ini dikendalikan oleh pelajar pelajar Diploma dan Ijazah UiTMT manakala penerbit Radio MyUFM adalah En.Talmizie Amron.

 













Alhamdulillah selain dari penyampai radio saya juga telah ditawarkan untuk berlakon dalam Filem Karah II. Filem Karah II merupakan sekuel daripada Filem Karah I. Filem ini merupakan terbitan Radio Kampus UiTM Terengganu MyUFM diarahkan oleh seorang pengarah muda iaitu Ahmad Muhaimin Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Amm Marvelous. Filem ini mengisahkan tentang blok kuliah Karah yang berhantu. Filem ini ditayangkan di UiTM Dungun | UiTM Chendering | UiTM Jengka . . .