Tanpa disedari dah masuk bulan March 2013 ini bermakna dah
hampir satu tuhan empat bulan berada di Universiti Teknologi Mara kampus Dungun
Terengganu. Alhamdulillah sepanjang 1 tahun 4 bulan disini banyak benda yang
telah saya capai antaranya menjadi Penyampai Radio di Radio Kampus UiTM
Terengganu MyUFM dan sekarang ini dah ada segmen sendiri iaitu ~Cube
Cinta~ yang keudara dari hari Ahad
hingga Rabu dari jam 10.30 malam sehingga 12.00 malam. . .

Sedikit ringkasan tentang Radio MyUFM ::: Radio MyUFM adalah
Radio Kampus UiTM Terengganu dan merupakan Radio Kampus Pertama di Pantai Timur
boleh dengarkan melalui frekuensi 95.5fm iaitu di sekitar bandar Dungun sahaja.
Selain itu Radio ini boleh dengar secara online di
www.myufm.net ataupun boleh download application
Tune In Radio di smartphone & search MyUFM. Radio ini dikendalikan oleh
pelajar pelajar Diploma dan Ijazah UiTMT manakala penerbit Radio MyUFM adalah
En.Talmizie Amron.
Alhamdulillah selain dari penyampai radio saya juga telah
ditawarkan untuk berlakon dalam Filem Karah II. Filem Karah II merupakan sekuel
daripada Filem Karah I. Filem ini merupakan terbitan
Radio Kampus UiTM
Terengganu MyUFM diarahkan oleh seorang pengarah muda iaitu Ahmad Muhaimin
Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Amm Marvelous. Filem ini mengisahkan
tentang blok kuliah Karah yang berhantu. Filem ini ditayangkan di UiTM Dungun |
UiTM Chendering | UiTM Jengka . . .
No comments:
Post a Comment